NuffnangX

Saturday, 1 October 2011

MENGENAL SUKUKATA TERBUKA (KV)

ABM 4 - Mengenal sukukata terbuka. Murid perlu menyebut sukukata tersebut dan mengeja perkataan (konsonan b, c, d, g, h). 

                                                                          Klik & 'Copy & paste'



                Murid perlu menyebut sukukata tersebut dan mengeja perkataan (konsonan j, k, l, m, n)



                                                                          Klik & 'Copy & paste'




                             Murid perlu menyebut dan mengeja perkataan (konsonan p, r, s, t, f, v, w, y, z)



                                                                          Klik & 'Copy & paste'

MENGENAL HURUF KONSONAN

ABM 3 - Mengenal huruf konsonan. Murid menamakan gambar dan menyebut huruf awalnya. Huruf konsonan ialah selain daripada huruf vokal (a,e,i,o,u).


                                                                          Klik & 'Copy & paste'

MENGENAL HURUF AWAL (VOKAL)

ABM 2 - Mengenal huruf awal vokal. Murid perlu membunyikan huruf awal dan mengeja perkataan tersebut. Vokal a,e,i,o,u.


                                                                          Klik & 'Copy & paste'

MENGENAL & MEMBUNYIKAN HURUF VOKAL

ABM 1 - Mengenal dan membunyikan huruf vokal. Murid perlu membunyikan huruf vokal dengan betul dan menamakan gambar yang diberi berdasarkan vokal tersebut. Vokal a,e,i,o,u. Untuk P&P, silalah 'copy' dan 'paste' file dalam format - jpg .

'Copy & paste'

PENGENALAN LINUS

1.0  DEFINISI  LITERASI  

Literasi didefinisikan sebagai keupayaan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk  yang mudah  dengan menggunakan kata hubung ‛dan’ serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran serta komunikasi  harian.

2.0   MATLAMAT

Matlamat program ini adalah untuk memastikan semua murid yang mengikuti Program LINUS berkeupayaan untuk menguasai literasi dalam bahasa Malaysia dan numerasi kecuali murid berkeperluan khas selepas tiga tahun mengikuti Program LINUS. 

3.0  OBJEKTIF

Objektif Program Literasi adalah memastikan murid berupaya:
i.         mengenal dan menyebut abjad, mengeja dan membunyikan suku kata terbuka dan tertutup;
ii.  membaca dan menulis perkataan daripada suku kata terbuka dan tertutup, perkataan yang berimbuhan awalan dan akhiran;
iii.  membaca dan menulis serta memahami ayat tunggal dan ayat majmuk yang mudah dengan menggunakan kata hubung  ‛dan’.


4.0   ORGANISASI KANDUNGAN

     Modul guru Program LINUS ini dihasilkan dalam bentuk unit.  Terdapat sembilan unit dan bagi setiap unit      mengandungi beberapa kemahiran yang merangkumi kemahiran mengenal, membaca, membina dan menulis huruf,  suku kata,  perkataan,  rangkai kata dan ayat. 

     Pendekatan yang digunakan dalam program LINUS ini ialah pendekatan belajar membaca dan menulis secara bersepadu dan menyeluruh.  Ini bermakna murid belajar mengenal huruf, suku kata dan perkataan serentak secara berperingkat.  Setelah murid mengenal beberapa huruf, guru  mula mengajar membunyikan suku kata melalui kaedah gabungan bunyi suku kata  tanpa  murid terlebih dahulu perlu mengenal kesemua huruf. Murid diperkenalkan pula dengan perkataan menggunakan suku kata yang telah dipelajari, dan seterusnya frasa atau rangkai kata dan ayat yang bersesuaian.

Kandungan Kemahiran Literasi  
1.0               Mengenal dan Menulis Huruf
1.1             Mengenal bentuk huruf kecil a – z
1.2             Menulis  huruf kecil a – z
1.3             Mengenal bentuk huruf besar A - Z
1.4             Menulis  huruf  besar A – Z

2.0              Membaca Suku Kata
2.1             Membaca dan membunyikan suku kata terbuka KV
2.2             Membaca dan membunyikan suku kata tertutup KVK
2.3             Membaca dan membunyikan suku kata tertutup KVKK
2.4             Membaca dan membunyikan suku kata tertutup yang mengandungi  digraf
2.5             Membaca dan membunyikan suku kata tertutup yang mengandungi  digraf


3.0             Membina dan Menulis Suku Kata
3.1             Membina dan menulis suku kata terbuka KV
3.2             Membina dan menulis  suku kata tertutup KVK
3.3             Membina dan menulis  suku kata tertutup KVKK
3.4             Membina dan menulis  suku kata tertutup yang mengandungi  digraf
3.5             Membina dan menulis  suku kata tertutup yang mengandungi  digraf

4.0             Membaca Perkataan
4.1             Membaca perkataan mengandungi suku kata  KV+KV
4.2             Membaca perkataan mengandungi suku kata  V+KV
4.3             Membaca perkataan mengandungi suku kata KV+KV+KV
4.4             Membaca perkataan mengandungi suku kata  KVK+KV
4.5             Membaca perkataan mengandungi suku kata KVKK+KV
4.6             Membaca perkataan yang mengandungi suku kata  KVK
4.7             Membaca perkataan yang mengandungi suku kata  KV+KVK
4.8             Membaca perkataan yang mengandungi suku kata  KVK+KVK
4.9             Membaca perkataan yang   mengandungi suku kata KVK+KVKK
4.10         Membaca perkataan yang     mengandungi suku kata  KVKK
4.11         Membaca perkataan yang mengandungi suku kata  V+KVK
4.12          Membaca perkataan yang  mengandungi suku kata  V+KVKK
4.13          Membaca perkataan yang   mengandungi suku kata  KVKK+KVKK
4.14         Membaca perkataan yang mengandungi suku kata VK+KVKK
4.15         Membaca perkataan yang mengandungi suku kata  VK+KVK
4.16         Membaca perkataan yang mengandungi suku kata KVKK+KVK
4.17         Membaca perkataan yang mengandungi suku kata   KV+KVKK
4.18         Membaca perkataan yang mengandungi diftong
4.19         Membaca perkataan yang mengandungi digraf
4.20         Membaca perkataan yang mengandungi vokal berganding
4.21         Membaca perkataan yang mengandungi konsonan bergabung
4.22         Membaca perkataan yang mengandungi kata imbuhan

5.0             Membina dan Menulis Perkataan
5.1             Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata  KV+KV
5.2             Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata  V+KV
5.3             Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata  KV+KV+KV
5.4             Membina dan menulis  perkataan yang mengandungi suku kata  KVK+KV
5.5             Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata KVKK+KV
5.6             Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata tertutup KVK
5.7             Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata KV+KVK
5.8             Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata  KVK+KVK
5.9             Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata  KVK+KVKK
5.10         Membina dan menulis  perkataan yang mengandungi suku kata  KVKK
5.11         Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata V+KVK
5.12         Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata V+KVKK
5.13         Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata  KVKK+KVKK
5.14         Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata  VK+KVKK
5.15         Membina dan menulis  perkataan yang mengandungi suku kata  VK+KVK
5.16      Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata   KVKK+KVK
5.17      Membina dan menulis  perkataan yang mengandungi suku kata  KV+KVKK
5.18      Membina dan menulis  perkataan yang mengandungi diftong.
5.19         Membina dan menulis perkataan yang mengandungi digraf.
5.20         Membina dan menulis perkataan yang mengandungi vokal berganding.
5.21         Membina dan menulis perkataan yang mengandungi konsonan bergabung.
5.22         Membina dan menulis perkataan yang mengandungi kata imbuhan.

6.0   Membaca Rangkai kata
6.1             Membaca rangkai kata.

7.0             Membina dan Menulis Rangkai kata
7.1          Membina dan menulis rangkai kata.

8.0             Membaca Ayat
8.1          Membaca ayat tunggal.
8.2          Memahami ayat tunggal yang dibaca.
8.3          Membaca ayat majmuk

9.0             Membina dan menulis ayat tunggal.
9.1          Membina ayat tunggal berdasarkan pola ayat dasar :
( FN+FN )   (  FN+FK )   ( FN+FA )   ( FN+FS ).
9.2          Menulis ayat tunggal.
9.3          Membina ayat majmuk dengan kata hubung ‘dan’.
9.4          Menulis ayat majmuk dengan kata hubung ‘dan’.

DOA SEMPENA ANUGERAH KECEMERLANGAN SEKOLAH



Sempena hari anugerah kecemerlangan sekolah yang bakal tiba, anda boleh lah 'copy' doa di bawah ini sebagai rujukan. Doa tersebut dalam format JPG (gambar). Semoga mendapat keberkatan Illahi.

Bengkel Mengoptimun Penggunaan dan Pengintegrasian Sumber Pendidikan Berasaskan TMK dalam P&P ke arah Pembestarian Sekolah - Siri 4

LAPORAN IN-HOUSE
UNIT PEMBESTARIAN SEKOLAH

1. Bengkel Mengoptimun Penggunaan dan Pengintegrasian Sumber Pendidikan Berasaskan TMK dalam P&P ke arah Pembestarian Sekolah - Siri 4
1.1 Bengkel ini diadakan bertujuan untuk:
  • Menyampaian modul-modul yang terdapat dalam bengkel bagi tujuan menyebarluaskan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru-guru di sekolah.
  • Untuk melaporkan status pelaksanaan program pembestarian peringkat sekolah 2011
  • Melatih guru-guru untuk memperoleh kemahiran bagi menjana kreativiti dan inovasi murid-murid di sekolah
  • Memberi bimbingan kepada guru-guru menggunakan pendekatan projek based learning melalui portal dalam talian
1.2 Tarikh : 21-23 September 2011 (BTPN Selangor),
1.3 Tempat : Bilik Merpati BTPN 
1.4 Sasaran : 66 orang guru
1.5 Penceramah : Pn Rusita bt Sahari ( Penolong Pengarah UPICT )
                                 En. Munir bin Mat Yaub ( PTP UPICT )
                                 En. Abd Wahi bin Wahid ( PTP UMPI )
                                 En. Mohd Mohsan bin Hj Bahardin ( PTP PKG P.Klang )
                                 En. Muhammad Ali bin Mat Sarif ( PTP PKG Kuang )

2. Pelaksanaan Modul

2.1 MODUL 1 : PERANAN GURU PENYELARAS BESTARI (GPB), GURU PENYELARAS ICT (GPICT) DAN GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA SEKOLAH (GPM)

·    Peserta kursus diberi pededahan tentang tugas dan tanggungjawab GPB dan GPM di sekolah. Dalam komponen ini peserta kursus akan menghayati peranan GPM/GPB dan GPICT sebagai penggerak utama dan agen perubahan dalam proses transformasi pendidikan. Modul ini dikendalikan dengan menggunakan kaedah perbincangan kumpulan, pembentangan dan analisis situasi.

2.1.1 OBJEKTIF
Meningkatkan komitmen, produktiviti, kecekapan dan keberkesanan GPB/ GPICT dan GPM sebagai peneraju utama bagi pembestarian sekolah. GPB/GPICT dan GPM dapat berkolaborasi dengan berkesan sebagai agen perubahan dalam proses transformasi pendidikan di sekolah.

2.2 MODUL 2 : KEMAHIRAN ABAD KE-21 DALAM PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

·    Guru-guru diberi pendedahan tentang kemahiran-kemahiran abad ke-21 dengan menghayati kemahiran-kemahiran Abad ke-21 untuk meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran. Modul ini dikendalikan dengan menggunakan kaedah perbincangan. Strategi pelaksanaan aktiviti-aktiviti tersebut memerlukan guru-guru mengaplikasi kemahiran-kemahiran abad ke-21 yang dipelajari dalam pembelajaran dan pengajaran mereka serta mampu memberi bimbingan dalam aspek ini secara latihan
·
2.2.1 OBJEKTIF
  • Guru dapat mengaplikasi kemahiran abad ke-21 dalam pembelajaran dan pengajaran
  • Guru boleh memberi bimbingan dan berkongsi ilmu tentang kemahiran abad ke-21 dalam p&p kepada guru dan murid.
  • Guru mampu mengaplikasi kemahiran abad ke-21 dalam pembelajaran dan pengajaran
  • Guru boleh memberi bimbingan dan berkongsi ilmu tentang kemahiran abad ke-21 dalam p&p kepada guru dan murid.
2.3 MODUL 3 : KEMAHIRAN PENGINTEGRASIAN SUMBER PENDIDIKAN BERASASKAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

  • Guru-guru diberi pendedahan tentang pengintegrasian bahan digital dalam pembelajaran dan pengajaran.
  • Dalam komponen ini guru-guru akan membuat penilaian tentang tahap teknologi cerdas kendiri dan menghasilkan satu komponen dalam rancangan mengajar yang mengintegrasikan bahan digital dalam pembelajaran dan pengajaran. Peserta juga akan mempelajari teknik-teknik pengintegrasian video dalam pembelajaran dan pengajaran
  • Modul ini dikendalikan dengan menggunakan kaedah perbincangan kumpulan.
2.3.1 OBJEKTIF
  • Kemahiran mengintegrasi bahan-bahan digital dalam pembelajaran dan pengajaran.
  • Kebolehan mengenalpasti teknik-teknik video yang boleh diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran.
2.4 MODUL 4 : SMART SCHOOL QUALIFICATION STANDARDS (SSQS)

 Guru-guru diberi pendedahan tentang domain dan indikator-indikator Smart School Qualification Standards (SSQS).
  • Dalam komponen ini peserta kursus menganalisis jurang pencapaian antara tahap bintang sekolah dengan indikator 5 bintang.
  • Modul ini dikendalikan dengan menggunakan kaedah perbincangan kumpulan, pembentangan dan sesi hands-on.
2.4.1 OBJEKTIF
  • Memahami kepentingan pelaksanaan penarafan SSQS bagi pembestarian sekolah.
  • Memahami empat domain dan indikator-indikator Smart School Qualification Standards (SSQS).
  • Mengoptimum peranan untuk membantu meningkatkan tahap bestari sekolah.

Disediakan oleh:

Wan Roslan bin Wan Abdul Ghani
Guru Bestari Sk Sungai Serai, Kuang, 2011