LAPORAN IN-HOUSE
UNIT PEMBESTARIAN SEKOLAH
1. Bengkel Mengoptimun Penggunaan dan Pengintegrasian Sumber Pendidikan Berasaskan TMK dalam P&P ke arah Pembestarian Sekolah - Siri 4
1.1 Bengkel ini diadakan bertujuan untuk:
- Menyampaian modul-modul yang terdapat dalam bengkel bagi tujuan menyebarluaskan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru-guru di sekolah.
- Untuk melaporkan status pelaksanaan program pembestarian peringkat sekolah 2011
- Melatih guru-guru untuk memperoleh kemahiran bagi menjana kreativiti dan inovasi murid-murid di sekolah
- Memberi bimbingan kepada guru-guru menggunakan pendekatan projek based learning melalui portal dalam talian
1.2 Tarikh : 21-23 September 2011 (BTPN Selangor),
1.3 Tempat : Bilik Merpati BTPN
1.4 Sasaran : 66 orang guru
1.5 Penceramah : Pn Rusita bt Sahari ( Penolong Pengarah UPICT )
En. Munir bin Mat Yaub ( PTP UPICT )
En. Abd Wahi bin Wahid ( PTP UMPI )
En. Mohd Mohsan bin Hj Bahardin ( PTP PKG P.Klang )
En. Muhammad Ali bin Mat Sarif ( PTP PKG Kuang )
2. Pelaksanaan Modul 2.1 MODUL 1 : PERANAN GURU PENYELARAS BESTARI (GPB), GURU PENYELARAS ICT (GPICT) DAN GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA SEKOLAH (GPM) · Peserta kursus diberi pededahan tentang tugas dan tanggungjawab GPB dan GPM di sekolah. Dalam komponen ini peserta kursus akan menghayati peranan GPM/GPB dan GPICT sebagai penggerak utama dan agen perubahan dalam proses transformasi pendidikan. Modul ini dikendalikan dengan menggunakan kaedah perbincangan kumpulan, pembentangan dan analisis situasi. 2.1.1 OBJEKTIF Meningkatkan komitmen, produktiviti, kecekapan dan keberkesanan GPB/ GPICT dan GPM sebagai peneraju utama bagi pembestarian sekolah. GPB/GPICT dan GPM dapat berkolaborasi dengan berkesan sebagai agen perubahan dalam proses transformasi pendidikan di sekolah. 2.2 MODUL 2 : KEMAHIRAN ABAD KE-21 DALAM PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN · Guru-guru diberi pendedahan tentang kemahiran-kemahiran abad ke-21 dengan menghayati kemahiran-kemahiran Abad ke-21 untuk meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran. Modul ini dikendalikan dengan menggunakan kaedah perbincangan. Strategi pelaksanaan aktiviti-aktiviti tersebut memerlukan guru-guru mengaplikasi kemahiran-kemahiran abad ke-21 yang dipelajari dalam pembelajaran dan pengajaran mereka serta mampu memberi bimbingan dalam aspek ini secara latihan · 2.2.1 OBJEKTIF
|
2.3 MODUL 3 : KEMAHIRAN PENGINTEGRASIAN SUMBER PENDIDIKAN BERASASKAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN
- Guru-guru diberi pendedahan tentang pengintegrasian bahan digital dalam pembelajaran dan pengajaran.
- Dalam komponen ini guru-guru akan membuat penilaian tentang tahap teknologi cerdas kendiri dan menghasilkan satu komponen dalam rancangan mengajar yang mengintegrasikan bahan digital dalam pembelajaran dan pengajaran. Peserta juga akan mempelajari teknik-teknik pengintegrasian video dalam pembelajaran dan pengajaran
- Modul ini dikendalikan dengan menggunakan kaedah perbincangan kumpulan.
2.3.1 OBJEKTIF
- Kemahiran mengintegrasi bahan-bahan digital dalam pembelajaran dan pengajaran.
- Kebolehan mengenalpasti teknik-teknik video yang boleh diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran.
2.4 MODUL 4 : SMART SCHOOL QUALIFICATION STANDARDS (SSQS)
- Dalam komponen ini peserta kursus menganalisis jurang pencapaian antara tahap bintang sekolah dengan indikator 5 bintang.
- Modul ini dikendalikan dengan menggunakan kaedah perbincangan kumpulan, pembentangan dan sesi hands-on.
2.4.1 OBJEKTIF
- Memahami kepentingan pelaksanaan penarafan SSQS bagi pembestarian sekolah.
- Memahami empat domain dan indikator-indikator Smart School Qualification Standards (SSQS).
- Mengoptimum peranan untuk membantu meningkatkan tahap bestari sekolah.
Disediakan oleh:
Wan Roslan bin Wan Abdul Ghani
Guru Bestari Sk Sungai Serai, Kuang, 2011
No comments:
Post a Comment