1.0 DEFINISI LITERASI
Literasi didefinisikan sebagai keupayaan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk yang mudah dengan menggunakan kata hubung ‛dan’ serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran serta komunikasi harian.
2.0 MATLAMAT
Matlamat program ini adalah untuk memastikan semua murid yang mengikuti Program LINUS berkeupayaan untuk menguasai literasi dalam bahasa Malaysia dan numerasi kecuali murid berkeperluan khas selepas tiga tahun mengikuti Program LINUS.
3.0 OBJEKTIF
Objektif Program Literasi adalah memastikan murid berupaya:
i. mengenal dan menyebut abjad, mengeja dan membunyikan suku kata terbuka dan tertutup;
ii. membaca dan menulis perkataan daripada suku kata terbuka dan tertutup, perkataan yang berimbuhan awalan dan akhiran;
iii. membaca dan menulis serta memahami ayat tunggal dan ayat majmuk yang mudah dengan menggunakan kata hubung ‛dan’.
4.0 ORGANISASI KANDUNGAN
Modul guru Program LINUS ini dihasilkan dalam bentuk unit. Terdapat sembilan unit dan bagi setiap unit mengandungi beberapa kemahiran yang merangkumi kemahiran mengenal, membaca, membina dan menulis huruf, suku kata, perkataan, rangkai kata dan ayat.
Pendekatan yang digunakan dalam program LINUS ini ialah pendekatan belajar membaca dan menulis secara bersepadu dan menyeluruh. Ini bermakna murid belajar mengenal huruf, suku kata dan perkataan serentak secara berperingkat. Setelah murid mengenal beberapa huruf, guru mula mengajar membunyikan suku kata melalui kaedah gabungan bunyi suku kata tanpa murid terlebih dahulu perlu mengenal kesemua huruf. Murid diperkenalkan pula dengan perkataan menggunakan suku kata yang telah dipelajari, dan seterusnya frasa atau rangkai kata dan ayat yang bersesuaian.
Kandungan Kemahiran Literasi
1.0 Mengenal dan Menulis Huruf
1.1 Mengenal bentuk huruf kecil a – z
1.2 Menulis huruf kecil a – z
1.3 Mengenal bentuk huruf besar A - Z
1.4 Menulis huruf besar A – Z
2.0 Membaca Suku Kata
2.1 Membaca dan membunyikan suku kata terbuka KV
2.2 Membaca dan membunyikan suku kata tertutup KVK
2.3 Membaca dan membunyikan suku kata tertutup KVKK
2.4 Membaca dan membunyikan suku kata tertutup yang mengandungi digraf
2.5 Membaca dan membunyikan suku kata tertutup yang mengandungi digraf
3.0 Membina dan Menulis Suku Kata
3.1 Membina dan menulis suku kata terbuka KV
3.2 Membina dan menulis suku kata tertutup KVK
3.3 Membina dan menulis suku kata tertutup KVKK
3.4 Membina dan menulis suku kata tertutup yang mengandungi digraf
3.5 Membina dan menulis suku kata tertutup yang mengandungi digraf
4.0 Membaca Perkataan
4.1 Membaca perkataan mengandungi suku kata KV+KV
4.2 Membaca perkataan mengandungi suku kata V+KV
4.3 Membaca perkataan mengandungi suku kata KV+KV+KV
4.4 Membaca perkataan mengandungi suku kata KVK+KV
4.5 Membaca perkataan mengandungi suku kata KVKK+KV
4.6 Membaca perkataan yang mengandungi suku kata KVK
4.7 Membaca perkataan yang mengandungi suku kata KV+KVK
4.8 Membaca perkataan yang mengandungi suku kata KVK+KVK
4.9 Membaca perkataan yang mengandungi suku kata KVK+KVKK
4.10 Membaca perkataan yang mengandungi suku kata KVKK
4.11 Membaca perkataan yang mengandungi suku kata V+KVK
4.12 Membaca perkataan yang mengandungi suku kata V+KVKK
4.13 Membaca perkataan yang mengandungi suku kata KVKK+KVKK
4.14 Membaca perkataan yang mengandungi suku kata VK+KVKK
4.15 Membaca perkataan yang mengandungi suku kata VK+KVK
4.16 Membaca perkataan yang mengandungi suku kata KVKK+KVK
4.17 Membaca perkataan yang mengandungi suku kata KV+KVKK
4.18 Membaca perkataan yang mengandungi diftong
4.19 Membaca perkataan yang mengandungi digraf
4.20 Membaca perkataan yang mengandungi vokal berganding
4.21 Membaca perkataan yang mengandungi konsonan bergabung
4.22 Membaca perkataan yang mengandungi kata imbuhan
5.0 Membina dan Menulis Perkataan
5.1 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata KV+KV
5.2 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata V+KV
5.3 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata KV+KV+KV
5.4 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata KVK+KV
5.5 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata KVKK+KV
5.6 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata tertutup KVK
5.7 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata KV+KVK
5.8 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata KVK+KVK
5.9 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata KVK+KVKK
5.10 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata KVKK
5.11 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata V+KVK
5.12 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata V+KVKK
5.13 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata KVKK+KVKK
5.14 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata VK+KVKK
5.15 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata VK+KVK
5.16 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata KVKK+KVK
5.17 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata KV+KVKK
5.18 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi diftong.
5.19 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi digraf.
5.20 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi vokal berganding.
5.21 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi konsonan bergabung.
5.22 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi kata imbuhan.
6.0 Membaca Rangkai kata
6.1 Membaca rangkai kata.
7.0 Membina dan Menulis Rangkai kata
7.1 Membina dan menulis rangkai kata.
8.0 Membaca Ayat
8.1 Membaca ayat tunggal.
8.2 Memahami ayat tunggal yang dibaca.
8.3 Membaca ayat majmuk
9.0 Membina dan menulis ayat tunggal.
9.1 Membina ayat tunggal berdasarkan pola ayat dasar :
( FN+FN ) ( FN+FK ) ( FN+FA ) ( FN+FS ).
9.2 Menulis ayat tunggal.
9.3 Membina ayat majmuk dengan kata hubung ‘dan’.
9.4 Menulis ayat majmuk dengan kata hubung ‘dan’.
No comments:
Post a Comment