NuffnangX

Thursday, 6 October 2011

MBMMBI



Permohonan KPLI-SR jQAF Ambilan Januari 2012

Salam sejahtera.. Kepada rakan-rakan yang ingin memohon kursus KPLI-SR jQAF ambilan 2012, permohonan telah dibuka sekarang. Anda boleh rujuk di pautan di bawah. Permohonan bagi Ambilan Januari 2012 ditutup pada 9 Oktober 2011 (AHAD)


Wednesday, 5 October 2011

SARINGAN 3 MURID TAHUN 1 & SARINGAN 6 MURID TAHUN 6 (LITERASI & NUMERASI)

Kepada rakan-rakan guru yang mengajar LINUS LITERASI & NUMERASI...jangan lupa ya..sebagai ingatan bersama.


PANDUAN MENANAM KACANG BOTOR

Panduan menanam kacang botor. Selamat mencuba ya.

Klik besarkan & copy & paste

Klik besarkan & copy & paste

PANDUAN MENANAM CILI

Panduan menanam cili. sesuai untuk peringkat sekolah. Selamat mencuba.

Klik besarkan & copy & paste

Klik besarkan & copy & paste

Tuesday, 4 October 2011

Buah diperam dengan gas carbide tidak selamat

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menasihati pengguna supaya tidak memakan buah-buahan yang diperam dengan menggunakan gas carbide kerana terdapat maklumat yang cukup mengenai bahayanya kepada kesihatan.



Calcium carbide mempunyai ciri-ciri penyebab kanser dan boleh mengakibatkan gangguan saraf. Ia boleh menyebabkan bunyi berdesing dalam telinga, kebas dan penyakit saraf periferal. 

Jika wanita hamil memakan buah yang telah diperam bersamacarbide, ada kemungkinan bayi yang akan lahir berkeadaan cacat.

Adalah tidak wajar Kementerian Kesihatan mengatakan bahawa buah-buahan yang diperam dengan menggunakan carbide selamat untuk dimakan sebelum menjalankan siasatan. 

Sekadar menyebut bahawa amalan yang sama dilakukan di negara-negara lain bukan bermakna ia selamat.
Di India, kerajaan telah mengharamkan penggunaannya di bawah Akta Pencegahan Pencemaran Makanan, dan terdapat beberapa laporan media bahawa buah-buahan yang diperam dengan menggunakan gas carbide telah dirampas dan dimusnahkan.
Dalam keadaan biasa, buah-buahan akan masak hasil tindak balas hormon ethylene yang dihasilkan secara semula jadi dalam buah. 

Tetapi penggunaan calcium carbide mengeluarkan gas acetyleneyang mudah meruap dan meletup walaupun pada kepekatan yang rendah berbanding ethylene.
Kementerian Kesihatan perlu menyedari bahawa khasiat makanan dalam buah-buahan akan berkurang apabila ia masak ranum secara tiruan.
Buah-buahan yang menjadi ranum dengan menggunakan gas carbideakan mengalami tindak balas kimia yang berbeza berbanding buah-buahan yang ranum secara semula jadi. 

Ketika buah ranum secara semula jadi, perubahan biokimia akan berlaku misalnya penyusutan klorofil, biosintesis karotenoid (antioksidan, penambah sistem imun, bahan pencegah kanser), antosianin (antioksidan yang kuat), essential oils, dan komponen perisa serta aroma. 

Tetapi kesemua perubahan kimia yang menyihatkan dan menambah mutu buah-buahan ini tidak berlaku jika buah ranum secara tiruan.
Dengan mengatakan penggunaan gas carbide untuk meranum buah-buahan sebagai amalan yang selamat, Kementerian Kesihatan seolah-olah menggalakkan penggunaan lebih banyak bahan kimia dalam makanan yang sebaliknya boleh memudaratkan kesihatan pengguna.

SM Mohamed Idris merupakan presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP).

ABM - UPIN & IPIN

Salah satu ABM yang dipertandingkan peringkat zon gombak di Sk Bandar Baru Rawang baru-baru ini. Semoga foto yang dikongsi ini dapat menjana idea kepada anda...terutama guru LINUS. Sukukata yang terdapat dalam cerita upin & ipin seperti KVKV, KVKVK, KVKVKVK, KVK dan lain-lain.

Klik besarkan & copy & paste

Klik besarkan & copy & paste



Klik besarkan & copy & paste



Klik besarkan & copy & paste



Klik besarkan & copy & paste



Klik besarkan & copy & paste

Selamat mencuba....